English | Malay
Objektif pameran Unexpected Treasures ini adalah untuk memperkenalkan produk-produk tempatan yang berkualiti tinggi seperti Jongsarat, Kristal, barangan perak dan minyak harum kepada warga brunei dan pelancong-pelancong dari luar negara.
Mengiringi pameran ini ialah laman sesawang e-dagang di mana pembeli boleh mendapatkan produk-produk yang terdapat dari risalah tersebut ke alamat persuratan mereka.
Produk-produk boleh didapati di unexpectedtreasures.com.bn
Pembinaan rak pasar raya khas untuk produk Buatan Brunei yang dibawah kategori makanan kering, produk kesihatan dan kecantikan, dan barangan rumah.
Rak Bruneian Made kini boleh didiapati di:
- SupaSave Mata-Mata
- SupaSave Seria
- Sim Kim Huat Airport Mall
- Hua Ho Tanjung Bunut
- Hua Ho Kiulap
- Hua Ho Manggis
- Hua Ho Tutong
Terbuka kepada 1K1P dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang berdaftar dengan Registry of Companies & Business Names.
Produk hendaklah milik tempatan.
Produk hendaklah mempunyai bungkusan yang menarik dan mempunyai label yang lengkap seperti menyatakan rumuan,kod bar, tarikh mansuh produk dan cap Halal.
Yang berminat kena mengisi dengan lengkap Borang permohonan beserta dengan gambar produk.